Paris Saint-Germain umumkan kerjasama serantau dengan SK Magic
Paris Saint-Germain dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama serantau baharu dengan SK Magic, syarikat terkemuka dalam penyewaan peralatan rumah yang khusus dalam penulen air dan udara. Perkongsian ini, yang akan bermula pada Februari 2025, akan memberi tumpuan kepada wilayah-wilayah utama, termasuk Korea Selatan dan Malaysia, mengukuhkan lagi kehadiran Paris Saint-Germain di Asia.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, SK Magic akan melancarkan siri produk ekslusif PSG x SK Magic, bermula bulan Mac ini berjenama bersama Ultra Compact Direct Water Purifier. Perkongsian ini bertujuan untuk melibatkan peminat bola sepak di pasaran utama ini melalui pelbagai aktiviti pemasaran seperti pemberian hadiah, perjalanan ke Paris, acara bersama peminat, sesi temu mesra dengan legenda PSG, dan banyak lagi.
Kerjasama Strategik untuk Mengembangkan Kehadiran Paris Saint-Germain di Asia
SK Magic, anak syarikat SK Group – salah satu konglomerat terbesar di Korea Selatan – telah menjadi peneraju dalam industri penyewaan peralatan rumah selama lebih 30 tahun. Dikenali dengan teknologi inovatif dan pendekatan berpusatkan pelanggan, SK Magic telah mendapat populariti, terutamanya dalam kalangan generasi MZ, berkat kerjasama dengan jenama-jenama gaya hidup yang terkenal. Kerjasama dengan Paris Saint-Germain ini akan meningkatkan lagi pengiktirafan jenama syarikat di peringkat global sambil memperkukuh daya saingnya di pasaran utama.
“Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan kelab terkenal di peringkat global seperti Paris Saint-Germain,” kata Yoon Hyun-jung, Ketua Bahagian Pemasaran SK Magic semasa majlis menandatangani rasmi yang diadakan di Seoul pada Selasa, 25 Februari. Beliau menambah, “Kerjasama ini akan membantu meningkatkan kehadiran jenama SK Magic di seluruh dunia dan menawarkan pengalaman jenama yang unik kepada pelanggan kami. Sepanjang kerjasama kami, kami merancang untuk melaksanakan pelbagai kempen pemasaran yang tujuan untuk memperkukuh hubungan dan penglibatan pelanggan.
Kehadiran yang Semakin Berkembang di Asia
Bagi Paris Saint-Germain, kerjasama ini merupakan langkah besar dalam memperkukuh pengaruhnya di pasaran Korea dan Malaysia. Dengan populariti Paris Saint-Germain dan pemain-pemainnya yang semakin meningkat, termasuk bintang Korea Lee Kang-in, kelab ini terus berinteraksi dengan basis peminat Asia yang semakin berkembang.
“Kerjasama dengan SK Magic ini merupakan peluang menarik untuk lebih mengukuhkan Paris Saint-Germain sebagai pemain utama di Korea dan Malaysia,” kata Sébastien Wasels, Pengarah Urusan APAC di Paris Saint-Germain. “Dengan bekerjasama dengan peneraju pasaran seperti SK Magic, kami yakin bahawa kerjasama ini akan mewujudkan pengalaman yang bermakna untuk peminat kami sambil meluaskan keterlihatan jenama kami di Asia.”